1Move Review – Joging dapat duit? Betul ke boleh dengan 1move ni kita boleh buat side income dengan berjalan/joging/berlari? Nak tahu betul ke tak, jom baca review app 1Move dari user 1Move sendiri.
Assalamualaikum & hai, Akid disini.
Mesti anda pernah nampak iklan/posting pasal 1Move di TikTok & Facebook kan? So apa benda 1Move ni?
Sedikit sharing kisah saya dengan 1Move, saya bermula pada 23 febuari 2023.
Setakat artikel ni ditulis (17 mac 2023), dah hampir sebulan saya dengan 1Move.
Dari pemerhatian saya sebenarnya masih ramai belum tahu pasal move-to-earn projek ni. So saya harap artikel ni dapat bantu korang kenal 1Move.
Jadi tanpa lengah masa lagi, jom kita mula.
Apa Itu 1Move?
1Move ialah fitness app yang menggunakan teknologi Web3, menggabungkan konsep Move-to-Earn, NFT, SocialFI dan GameFi. User 1Move boleh generate side income dengan berjalan/jogging/berlari & affiliate.
App ni dibangunkan oleh Radar Lab Limited, launch Ogos tahun lepas.
Move-To-Earn, Nft, SocialFi, GameFi
Untuk faham macam mana 1Move boleh membayar user mereka, kita kenalah tahu maksud setiap konsep ni dulu.
»Move to Earn
1 model ekonomi yang membolehkan user dapat ganjaran dalam bentuk token kripto dengan melakukan task tertentu. Task ini memerlukan user bergerak (jalan/jogging/lari).
App jenis macam ni akan guna GPS di handphone user untuk track pergerakkan user.
Move to earn ni bukan lah sangat baru sebenarnya sebab luar negara dah start dulu. Contoh app StepN.
»GameFi
Gabungan teknologi blockchain dengan gaming. Dulu orang main game tak dapat duit. Tapi dengan konsep ni, gamers boleh jana income direct dari applikasi terus. Contoh terbaik GameFi ialah Axie Infinity.
»SocialFi
Medium untuk berinteraksi & melakukan transaksi jual-beli antara pengguna. Affiliate program & market place dalam 1Move boleh dianggap sebagai SocialFi.
Sebab tu bukan perkara mustahil untuk earn side income melalui 1Move sebab 1Move ada sistem ekonomi dia sendiri.
Masih tak faham?
Tak apa.
Cukup sekadar faham tujuan utama 1Move ialah galakkan orang ramai menjaga kesihatan dengan melakukan senaman ringkas (berjalan/jogging/berlari).
Mereka yang buat salah 1 aktiviti senaman ni akan diberikan insentif/reward token crypto.
Token ni kita boleh cash out. Dari sinilah user 1Move dapat income. Nak swap dengan token crypto lain pun boleh.
Ok?
Currency Dalam 1Move
Apps 1Move tidak menggunakan mana-mana matawang dunia realiti.
Currency dalam apps 1Move ni ada tiga je iaitu 1MT token, 1RT token dan BNB (Binance coin).
Setiap currency ni ada fungsi tersendiri:
Kegunaan token 1MT
- Reward berjalan/joging/lari
- Minting kasut
- Level up kasut
- Repair kasut
- Boots leveling process & boots masa unlock treasure chest
- Swap ke token 1RT/BNB
*Setakat artikel ini ditulis, nilai 1 token 1MT bersamaan MYR 0.61 sen. Semak harga terkini 1MT di Coin Base
Kegunaan token 1RT
- Untuk level up kasut di level-level tertentu
- Untuk siapkan artifact di level-level tertentu
- Swap ke token 1MT/BNB
- Minting kasut
*Setakat artikel ini ditulis, nilai 1 token 1RT bersamaan RM 6.75. Semak harga terkini 1RT di Coin Gecko
Kegunaan BNB (Binance Coin)
-
- Untuk beli Starterpack
- Jual beli NFT di marketplace
- Swap ke token 1MT/1RT
*Setakat artikel ini ditulis, 1 BNB bersamaan RM 1,373.26. Semak harga terkini BNB di Coin Base
Harga token crypto boleh berubah ikut rate harga terkini. Anda boleh check harga dari semasa ke semasa.
Cara Bermula Dengan 1Move – Beli NFT Starter Pack
Sebelum saya terlupa maksud NFT ialah:
“Non Fungible Token”. Secara ringkas NFT ni ialah aset digital kita. Kasut dalam 1Move ialah contoh NFT. NFT ni boleh dibeli & dijual
Lepas je register (percuma), user wajib beli starter pack.
Dah beli starter pack barulah kita layak jana income dan barulah kita diberikan akses kepada features lain dalam app ni.
Detail Starter Pack 1Move
Starter pack ada 2 jenis: 1 kasut & 3 kasut.
Berapa harga Starter Pack ni?
Harga terkini 1 BNB setakat artikel ini ditulis (17 mac 2023) ialah RM1,429.17.
Harga stater pack 1 kasut ialah 1 BNB. Bersamaan RM1,429.17.
Harga Starter pack 3 kasut pula ialah 3 BNB. Bersamaan RM4,287.51.
*(Harga BNB boleh berubah ikut rate harga terkini. Anda boleh check dari semasa ke semasa)
Terma dan syarat (Please take note)
Starter Pack yang dah dibeli akan lock dulu dalam akaun 1Move kita selama setahun. Makna lock kat sini, tidak boleh dijual di marketplace dan transfer ke akaun lain. Selepas setahun baru boleh.
Kenapa lock? Sebab ni income untuk developer. Kalau tak lock sementara waktu, macam mana mereka nak sustain kan?
Apa Beza Starter Pack 1 Kasut Dengan 3 Kasut?
Kalau beli starter pack 1 kasut kita cuma dapat 2 energy je.
Bila energy terlalu sikit, token kita dapat pun sikit.
So kalau beli 3 kasut, kita ada:
More energy = more running time = more earning.
Kelebihan lain beli 3 kasut ialah kita boleh kahwinkan 2 kasut (minting) untuk dapatkan 1 kasut baru.
So kalau beli 1 kasut je, macam mana nak buat minting. Sebab kasut tu takde pasangan dia.
Kasut-Kasut Dalam Starter Pack
Ada 3 jenis kasut dalam starter pack:
- Walker – Untuk berjalan
- Jogger – Untuk jogging
- Runner – Untuk berlari
Katalah kita rasa nak berjalan santai2 je, guna kasut walker. Rasa nak jogging guna Jogger. Kalau nak berlari guna Runner.
By the way dalam gambar tu ada 1 lagi kasut iaitu Trainer.
Trainer ni kita hanya boleh dapat melalui minting/beli di market place. Dengan kasut ni kita boleh buat 3 aktiviti sekaligus (berjalan/joging/berlari).
Mostly selepas beberapa waktu, user 1Move akan beralih ke kasut Trainer.
Sebab kasut ni generate lebih banyak token 1MT berbanding kasut lain.
Demo – Video Cara Guna App 1Move
Saya ada screen record masa saya tengah guna app ni. Supaya anda dapat feel macam mana cara main dia, jom tengok video bawah.
Kesimpulan dari video tu:
- Buka app, tekan Start Running
- Anda mula berjalan/jogging/berlari
- Step counter akan mula kira step anda, speed meter juga mula naik
- Kekalkan speed mengikut speed limi kasut yang diguna
- Setiap 1 minit anda dapat token 1MT
- Teruskan berjalan/jogging/berlari sehingga habis energy
- Lepas energy habis, anda dapat tengok total token 1MT yang anda dapat
Saya tengah berlari masa ni. Jadi memang tak dan nak cakap apa-apa dalam video. Mengah mat.
Berjalan/jogging/lari ni kita perlu buat di luar rumah ya. Sebab GPS boleh detect kita ni kat outdoor atau just jogging atas treadmill je.
Connection internet pun main peranan dan sangat penting.
Kalau connection tak strong, GPS tak dapat detect movement kita dengan jelas. So tak banyak token kita dapat.
So tu je yang kita perlu buat untuk dapat income berjalan/joging/lari setiap hari.
Cara Kira Income Dalam 1Move
Saya nak tunjukkan macam kita nak kira side income hasil dari berjalan/jogging/berlari ni.
Untuk income affiliate, jual kasut dan artifact saya kan cerita di next artikel.
Supaya senang untuk kita tahu berapa kita dapat dalam MYR, kita install apps iCurrency.
So setiap kali selepas habis jalan/jogging/lari, total token 1MT yang kita dapat akan tertera di homepage apps 1Move.
Dalam bulat merah ialah total token 1MT kita dapat selepas selesai aktiviti jalan/jogging/berlari kita. Ada 109.52 token.
Next kita buka app iCurrency. Masukkan total token 1MT kita dan nilai dia dalam MYR akan tertera disitu.
109.52 1MT token bersamaan RM63.56.
Kita anggap je jumlah yang kita dapat setiap hari ialah sekitar RM63.56 ni.
So RM63.56 darabkan dengan sebulan total kita dapat ialah RM1906.80.
Side income ni tak berhenti kat sini. Jika kita grow lagi acc kita (naikkan level kasut/dapatkan kasut lagi baik/pakai artifact), income kita boleh bertambah lagi.
Pro & Contra 1Move
Selama hampir 1 bulan dengan 1Move, saya banyak selidik untuk nampak possibility jauh mana kita boleh pergi dengan 1Move.
Kat sini kita kena ingat, tak ada lagi model bisnes/investment yang holygrail.
Setiap model bisnes/investment ada pro & kontra dia. 1Move pun tak terkecuali.
So kat sini saya list kan apa pro & contra dia:
CONTRA
- Harga starter pack mahal bagi sesetengah pihak: Bila harga BNB makin naik, lagi susah untuk beli starter pack
- Makan sedikit masa untuk dapat income sedap: Perlu build up dulu account
- Starter Pack lock dulu untuk setahun: Lepas setahun baru anda boleh jual kat marketplace/transfer ke account 1Move lain
- Progress slow if beli Starter Pack 1 kasut: Lambat level up, token 1MT dapat sikit, tak dapat kahwin kasut
- Kena ada strategi untuk grow account: Jika nak guna cara lain selain affiliate, user kena brainstroming sikit cara lain untuk grow account dengan pantas
- Harga token 1MT turun: Possibility untuk harga token turun sentiasa ada tak kisahla apa-apa projek Web3.0 pun. Kesan dari situasi ni, earning user 1Move jadi kurang nilai dia dalam RM
PRO:
- Buat side income: Dengan berjalan/joging/berlari
- Ada 4 cabang income: Melalui aktiviti senaman, affiliate, royalti, jual kasut & artifact
- Income tak ada limit: Sebab ada 4 cabang income
- Jimat masa: Side income yang tak makan banyak masa untuk dapat hasil compare dengan job/bisnes lain
- Tak makan banyak kos untuk bermula: Ini dari pandangan mereka yang cukup duit nak bermula. Compare buat bisnes untung pun belum tahu lagi
- Senang setup: Hanya guna handphone & connection internet
- Income confirm dapat: Kecuali kalau tak keluar exercise & tak guna V-run (Akan diterangkan di next artikel)
- Real time earning: Token hasil dari aktiviti senaman tadi masuk on the spot
- Harga NFT susah jatuh: Sebab transaksi untuk NFT (kasut, artifact) dalam BNB (Binance coin). BNB harga dia stable, tak naik/turun dengan banyak
Cuma 1Move ni bukanlah hari ni beli starter pack esok dah kaya. Ni persepsi orang ramai bila mereka didedahkan dengan 1Move. Ni bukan investment/duduk diam dapat duit/skim cepat kaya. Kena ada usaha dari user jugak.
Lepas beli starter pack, kita perlu grow dulu account bagi income meningkat. Sampai rasa puas hati baru stop grow.
Actually pasal grow income ni bergantung kepada target masing-masing lah.
Ada yang grow sampai hit RM2k sebulan. Tujuan maybe just nak bayar duit kereta/sewa rumah dsb. Ada yang sebab nak kumpul duit kahwin. Macam-macam.
Yang grow untuk achieve time & financial freedom pun ada. Ikut pada target masing-masing.
Yang tak grow tapi income terus besar pun ada.
Nak cepat keluar modal besar. Modal besar hasil pun besar lah. Ikut kemampuan masing-masing.
Testimoni – Pencapaian Sendiri, Income Harian & Withdraw
Sambungan dari kisah saya dengan 1Move tadi.
Actually lepas dah register saya tak start apa-apa pun lagi. Saya jadi CCTV dulu! Sebab masih skeptikal.
Dipendekkan cerita, selepas saya check sendiri testimoni withdraw income & join live ZOOM 1Move, saya terbuka hati untuk beli starter pack.
So gambar sebelah ini ialah pencapaian saya dari 23 febuari 2023 hingga 17 mac 2023 (tarikh artikel ni ditulis).
Saya bermula dengan starter pack 3 kasut. Kemudian saya test run beberapa hari dulu.
Kemudian saya beli lagi 6 kasut di marketplace.
Beberapa hari lepas saya dah buat minting. Dapat lagi 3 kasut. So total sekarang ada 12 kasut. Expected by end of this month saya harap dapat tambah lagi 3 kasut & grow kan earning harian.
Untuk withdraw dari saya sendiri, belum ada lagi lah sebab saya masih dalam peringkat grow account.
Tapi saya boleh tunjukkan sedikit berapa token saya dapat per day dan nilai dia dalam MYR.
Bawah ni pula ialah testimoni withdraw dari user-user 1Move yang lain:
Conclusion? Legit? Berbaloi? Risiko?
Berdasarkan apa yang saya sendiri dah tengok dan experience sendiri, ya 1Move ni legit.
Dengan hanya briskwalk/jogging/lari, dapat side income macam orang kerja 8-10 jam? Sangat berbaloi pada saya
Otak pun tak penat, tak perlu nak analisis chart, tak perlu beli stock, tak perlu fikir sewa kedai, tak ada boss nak marah dsb.
Badan sehat poket pun sehat.
Berkenaan Risiko
Setiap projek melibatkan crypto tak dapat lari dari risiko. Saya terus terang bagitahu.
So apa yang kita boleh buat ialah kecilkan risiko. Invest amount yang anda tak kisah sekiranya total rugi. Jangan ikut modal orang lain.
Anyway sebelum ni saya dan anda setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari kita pasti bergerak (berjalan/joging/lari) tapi kita tak dapat apa-apa.
Dengan teknologi dulu, perkara macam ni mustahil tapi sekarang bukan perkara mustahil lagi.
So why not kali ni kita make sure setiap pergerakkan yang kita buat hari-hari ni dibayar?
Berminat Nak Join 1Move?
Kita dah berada di penghujung artikel. So kalau anda berminat nak join 1Move:
Register dulu guna link dibawah kemudian download app 1Move di Playstore atau AppStore.
Dah register, buka linktree di bawah & follow dulu channel 1MOve dulu:
Baca dulu info-info penting dalam channel dulu terutama pinpost. Kemudian baru buat keputusan untuk join atau tak. Kalau anda setuju untuk join, barulah follow step seterusnya dalam linktr tadi.
Hubungi saya melalui whatsapp/telegram:
Ok itu saja perkongsian dari saya kali ini. Harapnya artikel ini dapat bantu korang kenal apa itu app 1Move.
Jangan lupa tekan share jika artikel ni bermanfaat ya. Kalau nak tanya apa-apa, boleh tinggalkan komen dibawah.
Jumpa lagi di next artikel.